KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'BAN

KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'BAN

Malam Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. 
Pada Tahun ini, Tahun 2022 M bertepatan dengan Tahun 1443 H. Malam Niṣf Sya’bān (15 Sya’bān) 1443 H. bertepatan dengan MALAM JUM’AT 17 Maret 2022 M. dan hal ini berdasarkan penetapan 1 Syabān 1443 H. yaitu malam Jum’at 03 Maret 2022 M.
 

 Imam Abū Abdillāh Muhammad bin Idrīs al-Syāfiy radliyallāhu ‘anhu menuturkan;

Imam al-Syāfiy rahmatullāhi ‘alaih ber ujar : “ Informasi telah sampai kepada kami bahwa do’a diterima pada lima malam : Malam Jum’at, Malam Idul Adha, Malam Idul Fitri, Malam Pertama Rajab dan Malam Lima Belas Sya’bān “. Dan Imam al-Syāfiy berkata : “ Saya menyukai segala aktifitas kebajikan yang diceritakan pada malammalam mulia tersebut, tanpa keharusan dalam pelaksanaannya “. (Lihat Muhammad bin

Idrīs, Al-Umm, Tahqīq: Rifat Fawziy, Vol. II, Cet. 1 (Kairo: Dār al-Wafā’, 2001, h. 485-
6)

Kelebihan-Kelebihan Malam Nisfu Syaban

1. Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan sebanyak bilangan bulu kambing pengawal”.
[Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 670] Al-‘Aini mengatakan hukum hadith ini adalah munqathi’. [Lihat: ‘Umdah al-Qari, 11:116]

2. Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
 “Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”.
[Riwayat Ahmad, no. Hadith 6353] Ibn Hajar mengatakan sanadnya layyin (salah satu daripada ciri hadith dhaif). [Lihat: al-Zawajir  ‘an Iqtiraf al-Kabair, 2:43] Manakala Ahmad Syakir mengatakan sanadnya adalah sahih [Lihat: Musnad Ahmad, 10:127]

3. Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.
 [Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]

4. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Apabial tiba malam nisfu Sya’ban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.
[Majma’ al-Zawaid, 8:68] Imam al-Sakhawi menyatakan bahawa perawi-perawinya tidak ada dipertikaikan. [Lihat: al-Ajwibah al-Mardhiyyah, 1:325]  

Amalan pada malam Nisf Sya'ban 

Solat Sunat Nisfu Syaban

Cara Mengerjakan Solat Sunat Nisfu Syaaban:
1. Lafaz niat:

    Lafaz Niat Solat Sunat Nisfu Syaban


        Usolli Sunnata Lailati Nisfi Sya’bana Rak’ataini Lillahi Taala

        Niat dalam Melayu:

          Sahaja aku solat sunat malam nisfu Syaban dua rakaat kerana Allah Taala

2.  Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan Surah al-Kafirun.

3.  Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca Surah al-Ikhlas.

4.  Teruskan solat sehingga selesai. Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin 3 kali.

Membaca surat Yâ Sîn sebanyak 3 x dengan niat :

  1. Ya Allah ...... ampunilah dosaku, dosa orang tuaku, dosa keluargaku, dosa tetanggaku & dosa kaum muslimin/muslimat serta panjangkanlah usiaku dalam keta’atan kepada-Mu dan kuatkan imanku dengan berkat surat Yâ Sîn.
  2. Ya Allah ....... ampunilah dosaku, dosa orang tuaku, dosa keluargaku, dosa tetanggaku dan dosa kaum muslimin/ muslimat, serta peliharalah diriku dari aneka malapetaka dan penyakit dengan berkat surat Yâ Sîn.
  3. Ya Allah ....... ampunilah dosaku, dosa orang tuaku, dosa keluargaku, dosa tetanggaku dan dosa kaum muslimin/ muslimat. Anugerahilah kekayaan hati padaku, berikan aku, kelurgaku dan tetanggaku husn al-khâtimah dengan berkat surat Yâ Sîn.

 Atau  Membaca surat Yâ Sîn sebanyak 3 x dengan niat :

  1. Allah memanjangkan umur serta dapat beribadat
  2. Menambah rezeki
  3. Ditetapkan dan meningkatkan iman dan mati dalam husnul khatimah

Post a Comment

0 Comments